28 Sep 2010

Bukan hasil Penjimatan... tipu rupanya.

Saya melihat Ketua Menteri Pulau Pinang menipu orang , dan ramai yang kena kencing, termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri. Dulu Ketua menteri itu kata pemberian RM100 kepada warga tua itu hasil penjimatan kerajaan negeri pimpinannya, tapi hari ini tiba-tiba dilaporkan wang itu adalah sumbangan dari Kelab Lumba kuda Pulau Pinang.

Hem nampak tipu tak? Dulu kata wang penjimatan, konon kerajaan negeri pandai simpan tapi rupanya bukan penjimatan tapi sumbangan dari orang. Kemudian tipu lagi konon wang itu diasingkan.


Kalau betul asingkan… kerajaan negeri kena ada dua akaun, satu tabong dari hasil negeri dan satu lagi tabong dari derma. Tapi pernah dengarkah ini ade? Lagipun dalam undang-undang bahawa hasil yang disatukan wang itu boleh dimasukan dalamnya dari derma? Lagi satu bagaimana pula ade diskriminasi orang islam dapat batuan dari wang hasi negeri, sementara bukan islam dari derma. Adilkah ini? Tidak tipukah?


Ini macam betul betul serupa Lee Kuan Yew bikin tipu. Belum jadi Ketua Menteri, dia kata pengamal ekonomi sosialis, tapi bila rakyat menangkan jadi Ketua Menteri (sekarang Perdana Menteri) Singapore, dia jadi kerajaan kapitalis, rakyat ditindas dan ditangkap.

Dr Asri Divert Isu


Saya hairan betul dengan Dr Asri ni, bekas Mufti Perlis. Apa sahaja yang dibikin oleh DAP Pulau Pinang mesti dia sokong. Dulu masa Pulau Pinang batalkan perakan maulidir rasul, dia tempelak orang yang kritik, dan hari ini dia koner sindiran itu kepada kerajaan persekutuan, konon tidak salah kerajaan kasi duit dengan menipu.


Isunya sekarang ialah bukan duit dari mane…. tapi yang jadi isu itu ialah Kerajaan Pulau Pinang menipu, konon wang itu dari penjimatan, bukan sumbangan orang ketiga. Sudahlah dia menipu, dia mengata lagi yang kerajaan dulu banyak membazir. Cubalah dengar balik rakaman video dia berucap itu. Ramai yang ternganga nganga, dengan kelentong Lim Guan Eng.


Tiba-tiba Dr Asri (Tajdid) boleh menyampuk konon tidak salah… kononnya wang itu macam juga yang dikeluarkan untuk membayar gaji. Dr Asri divert isu menjadi hukum halal haram pula. Sedangkan menipu itu yang pokok cerita



Dr Asri ni ade macam ade satu agenda nak memesongkan dan divert semua masalah kepada masalah lain. Sedangkan wang kerajaan untuk membayar gaji adalah wang hasil yang disatukan, bukan wang derma. Wang hasil dan wang derma beza lah. Bacalah tatacara kewangan wahai ustaz Dr Asri. Jangan main cakap belasah aje.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan