13 Feb 2011

Polis Harus tangkap ketua HPR


Jangan biarkan cacing naik ke mata. Hari ini mereka membuat demo atas nama hak asasi, esok mereka akan angkat senjata atas nama lain pula. Mungkin atas nama keadilan atau demokrasi. Siapa tahu akan berlaku macam itu. Malahan sekarang pun mereka sudah buli kerajaan dengan macam-macan istilah.

Harus sedar bahawa kuat kuasa undang-undang di tangan polis. Orang kata polis itulah kerajaan. Jika polis tidak menggunakan kuasa, lalu berlaku tembak menembak dan buli membuli di suatu hari nanti, pastinya kerajaan yang akan disalahkan, berpunca dari polis yang tidak buat kerja.

Negara Malaysia tidak pernah benarkan mana-mana orang uwudkan pertubuhan tanpa berdaftar, samada untuk masuk hutan atau untuk dalam bandar. Pertubuhan macam ini tidak baik dan ganas. Seharusnya kerajaan menangkap mereka, ketua mereka letakkan dalam tahanan, dan asingkan dari rakyat, kerana berbuatan mereka merosakkan orang lain yang satu kaum. Orang lain ada yang jadi polis, askar, pegawai dan lain-lain tidak sama, walaupun rambut sama hitam.

Saya suka perhati orang dari kaum itu, selalu tidak senang hati, semacam dipaksa seperti mereka, sedangkan sebenarnya orang dari kaum itu nak meniaga dalam keadaan aman, tidak mahu pakai subang, tidak mahu letak benda di dahi, tidak mahu pakai gelang benang, dan hendak bebas.

Rasis atau tidak adalah perkara lain, tetapi yang jelas Parti Hak Asasi Manusia (HRP) itu sendiri bukan sahaja rasis tetapi sebuah pertubuhan haram, sebuah pertubuhan bawah tanah. Ahli parti itu dari satu kaum dan bercakap untuk kaum itu. Selagi mereka bercakap pasal kaum, mereka itulah sebenarnya rasis.

12 Feb 2011

Lanun Somalia Akan Dihukum Mati

...
7 lanun Somalia yang ditahan Tentera Malaysia di Teluk Aden, 20 Januari lalu bakal berhadapan hukuman mati.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kelmarin mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan ke pasukan Tentera Malaysia di atas Kapal MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Sebutan kes ditetapkan 15 Mac depan.

Pada hari kejadian, pasukan paskal TLDM menyelamatkan kapal dagang itu daripada lanun Somalia yang bersenjatakan rifel AK-47 dan pistol.

Kapal serta anak kapalnya diselamatkan dalam 'Operasi Fajar' bersama kapal bantuan, Bunga Mas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan