Apakah kaitan 40 penyamun dalam film P. Ramlee dengan pendaftaran 40 orang ulama Islam dalam satu cawangan Umno, maka penulis blog Mohd Sayuti Omar membandingkannya?
Elok rasanya saya salinkan tulisan itu:
"Masuk Umno tidak menjadi masalah, tetapi jangan kemasukan itu seperti masuknya 40 penyamun ke dalam gua "Niat nginson matakaji semar ngising!" Akhirukalam biarlah 40 itu benar-benar ulama dan bukannya 40 penyamun! Jadikan diri anda ikan di lautan yang tidak tepu dengan air laut meskipun duduk di situ berkurun. Cuma ingatlah, meskipun terror ikan mengawal diri, dia tidak juga mampu untuk menawarkan air laut."
Saya baca tulisan itu dalam http://msomelayu.blogspot.com/2010/06/tafsiran-ahad.html yang mengembalikan fikiran saya kepada satu kisah ashaful al kahfi yang bertanya sesame sendiri setelah terjaga dari tidur selema bertahun-tahun. Mereka kehairanan dunia sudah berubah, zaman juga berubah.
Barangkali En. Mohd Sayuti Omar boleh mengisahkan 40 ulama tesebut sebagai perjuangan syahid dalam politik, meskipun untuk syahid ulama-ulama terdahulu maupun zaman-zaman selepasnya tidak pun memasukki mana-mana parti, kerana ulama apabila telah berparti, adakah layak mereka ulama?
Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.