12 Feb 2011

Lanun Somalia Akan Dihukum Mati

...
7 lanun Somalia yang ditahan Tentera Malaysia di Teluk Aden, 20 Januari lalu bakal berhadapan hukuman mati.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kelmarin mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan ke pasukan Tentera Malaysia di atas Kapal MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Sebutan kes ditetapkan 15 Mac depan.

Pada hari kejadian, pasukan paskal TLDM menyelamatkan kapal dagang itu daripada lanun Somalia yang bersenjatakan rifel AK-47 dan pistol.

Kapal serta anak kapalnya diselamatkan dalam 'Operasi Fajar' bersama kapal bantuan, Bunga Mas

Asyik asyik kena buli sahaja

9 Feb 2011

RM50 juta - Tapi kos Haji...


Salah satu yang kena keluar wang ialah Tabung Haji. Dan duit sebanyak itu, memang banyak, dan Tabung Haji selama ini tidak pernah memberi wang sebanyak itu untuk pendeposit yang menunaikan haji. Kenapa benda ini boleh dilakukan, tetapi untuk memberi diskaun tabung haji kedekut? Bayangkan...

Kos dari segi wang ringgit membawa pulang lebih 11,000 rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid mencecah RM50 juta. Kos untuk berapa penerbangan Kaherah-Jeddah dan Jeddah-Kuala Lumpur. Jumlah pesawat MAS, Air Asia dan TUDM. Begitu juga Kapal TLDM Bunga Mas yang kena belayar standby di Mesir. Ini belum masuk soal lojistik, pengangkutan darat, makan minum,pengunaan pusat transit Tabung Haji di Jeddah, bayaran untuk hak mendarat dan bayaran letak pesawat serta segala macam lain.

Orang bertanya berapa kos keseluruhan Ops Piramid - yakni proses evakuasi rakyat Malaysia dari sebuah negara asing yang terbesar pernah dilancarkan dalam sejarah negara. Oleh itu Tabung Haji timbang semula kos menunaikan haji akan datang. Berilah diskaun kepada pendeposit. Jangan tamak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan