Macam manepun dapatlah RM500 kepada gred 54 ke bawah dan persara-persara, yang dilihat pemberian ini macam main-mainkan perasaan aje. Memang pandai orang kementerian kewangan di sana norrrr....
16 Okt 2010
Focus adalah Bonus
Macam manepun dapatlah RM500 kepada gred 54 ke bawah dan persara-persara, yang dilihat pemberian ini macam main-mainkan perasaan aje. Memang pandai orang kementerian kewangan di sana norrrr....
13 Okt 2010
F1 22 Oktober 2010 di Korea Selatan
PENGARAH Teknikal FIA, Chalie Whiting (tengah) memeriksa litar lumba Yeongam, Korea Selatan dan memberikan kebenaran kepada pihak penganjur GP Korea Selatan mengadakan perlumbaan F1 buat pertama kalinya di negara itu pada 22 Oktober bagi sesi latihan pertama. - Foto AP
Oct 12, 2010 12:35 pm
Lebun raya makan orang.
Saya fikir jalan raya yang makan ramai manusia seperti kemalangan hebat lebuh raya Plus baru-baru ini memang dibentuk untuk mencabut nyawa, apabila merujuk kepada hadis nabi yang menyatakan setiap amalam itu dengan niat.
Apabila berlaku kejadian ngeri, datanglah alasan-alasan merapu, macam akhbar kosmo kata ada perempuan mengandung dukung anak melintas dan auta-auta lain. Berikut disalinkan satu rencana yang juga menyalahkan pemandu dalam :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive
Bas Ekspres Delima dari arah Melaka menuju ke Kuala Lumpur melayang dan menerjah ke laluan bertentangan. Bas itu melambung dan menghempap tiga buah kereta dan sebuah van yang sedang menuju ke arah selatan.
Gambar-gambar kemalangan yang dipaparkan sungguh mengerikan. Badan bas ekspres yang menghempap sebuah kereta terburai sama sekali. Mayat 12 mangsa yang berjaya dikeluarkan pula disusun sementara menunggu untuk dihantar ke hospital.
Punca kemalangan sebenar mungkin belum diketahui. Tetapi semua orang sudah tahu, kelajuan adalah puncanya. Kelajuanlah yang meragut 12 nyawa yang tidak berdosa itu.
Menurut saksi, yakni penumpang bas yang terselamat, kelajuan bas tersebut menjadikan mereka di dalamnya tidak ubah seperti 'kacang dalam botol yang digoncang!
Kisah pemandu bas ekspres yang memandu bagai pelesit pula bukan cerita baru. Sudah banyak kes mereka didakwa di mahkamah kerana memandu secara bahaya dan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Walaupun sebahagian sudah menerima hukuman penjara tetapi pelesit jalan raya ini tidak pernah serik. Akhbar Utusan Malaysia pernah mendedahkan kisah pemandu pelesit bas ekspres dalam satu laporan khas tidak lama dahulu.
Para pemandu yang ditemui mengakui punca mereka membawa laju adalah kerana mahu mengejar 'trip', selain berasa tidak selesa memandu perlahan sebuah bas moden yang canggih. Alasan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali.
Masih banyak lagi syarikat-syarikat bas ekspres lain yang berjaya menyediakan perjalanan selesa dan selamat. Walau dekat sekalipun satu-satu sektor atau jarak perjalanan itu, soal keselamatan penumpang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Tetapi tidak bagi para pemandu 'pelesit' ini. Mereka tidak mempedulikan itu semua. Nyawa penumpang dipertaruhkan demi kepentingan diri sendiri.
Pada masa yang sama, ada juga pihak-pihak tertentu menyalahkan aspek keselamatan lebuh raya di negara ini. Kononnya, besi pembahagi jalan tidak cukup kuat untuk menahan bas ekspres tersebut daripada menerjah ke laluan bertentangan di lebuh raya.
Jawapannya walau tembok keluli sekalipun dipasang sebagai pembahagi jalan, kemalangan ngeri tiga hari lalu tetap akan berulang selagi ada pemandu bersikap sedemikian.
Kerajaan sendiri sudah melakukan pelbagai usaha bagi tujuan ini. Peraturan dan undang- undang sedia ada sudah diperketatkan. Kempen kesedaran keselamatan jalan raya juga sepanjang tahun diadakan.
Tragedi menyayat hati ini tidak mustahil akan terus berulang, berulang dan berulang lagi selagi para pemandu pelesit ini tidak insaf dan tidak mahu mengubah sikap buruk mereka itu.
12 Okt 2010
Ape bende nak dibantahnya...
Bagi Persatuan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music itu harus dibatalkan kerana ia didakwa melanggarkan perlembagaan dan Rukun Negara.
Presiden PPMM, Zainul Rijal Abu Bakar (kiri) berkata, tafsiran undang-undang dalam kes Meor Atiqullah, hakim memutuskan segala dasar yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan kaedah hukum Islam.
"Tetapi apa yang berlaku ini jelas bercanggah dengan Islam dan meruntuhkan akhlak," kata Zainul Rijal kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya lagi, dalam rukun negara juga digariskan soal kesopanan dan kesusilaan dan bukannya "terkinja-kinja" dalam konsert.
Walaupun dibantah kuat, terutamanya oleh PAS, konsert sulung 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dilaporkan boleh diteruskan dengan syarat ia menepati garis panduan, antaranya tidak melibatkan kelakuan melampau ketika persembahan.
Ketua Penolong Setiausaha Puspal Mohd Dian Nais dilaporkan berkata penganjurnya telah diberikan penerangan mengenai peraturan lain yang perlu dipatuhi termasuk jarak 7.5 meter antara pentas dan penonton.
Wabak 'halalkan' gay
Beliau juga memberitahu, Puspal sebelum ini pernah menghentikan konsert Akon di Sunway Pyramid kerana artis tersebut membuka bajunya ketika persembahan.
Sementara itu, dua lagi persatuan mahasiswa Islam - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) - turut menghamburkan 'kemarahan' yang sama kepada Puspal, agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.
Menurut Presiden Gamis Ahmad Syazwan Muhammad Hasan (kanan), konsert itu akan menjadi "wabak" dan ikutan remaja Malaysia untuk 'menghalalkan' budaya gay.
"Ambillah iktibar dari sirah kaum Nabi Lut yang akhirnya dtimpakan bala bencana yang dahsyat oleh Allah dan kesannya boleh dilihat hingga hari ini," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara Presiden ISIUKM Mohd Nazri Mohd Tahir pula berkata, di negara ini hubungan sejenis ditolak sepenuhnya.
"Jadi mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini? Perkara ini boleh diibaratkan seolah-olah hendak mengubat penyakit tetapi dalam masa yang sama membiarkan virus-virus yang membawa penyakit terus berlegar-legar dengan bebasnya," katanya.
Konsert sulung Lambert dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.
Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.
iklan
|