8 Jul 2010

Kan jadi makan racun namanya

Di Malaysia ini memang banyak makanan, tetapi makanan itu sendiri menjadi racun kalau tidak dimakan dalam kuantiti yang harus. Contoh makan kambing, boleh menyebabkan darah tinggi dan kematian, dan makan durian juga.

Bekas Menteri Besar Kedah sebagai contoh juga lumpuh selepas makan udang dengan banyak semasa berada di Sabah. Dia tidak makan dalam kuantiti yang harus.

Elok rasanya saya salinkan berita seorang ahli parlimen Malaysia yang hampir maut kerana makanan semasa pameran semalam.

"Anggota parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikejarkan ke hospital pada jam 2.15 petang ini selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri pesta durian dan promosi daging kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan serbaguna Parlimen…..

…… "Tetapi tiba-tiba dia tidak selesa, dia longgarkan tali leher dan tiba-tiba diam, apabila melihat mata hitamnya pandang ke atas, anggota parlimen yang lain mula menggosok dahinya dan bertanya sama ada dia okey atau tidak," katanya kepada pemberita."

Saya baca dalam http://www.malaysiakini.com/news/136672 . Oleh yang demikian eloklah semua orang dalam dunia makanlah tetapi dalam kuantiti yang harus. Ambillah nasihat Nabi Mohammad s.a.w. sebagai rujukan dan panduan hidup.

 

Kepada yang melayari http://sireh.tk terima kasih...



Hotmail: Powerful Free email with security by Microsoft. Get it now.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan