7 Nov 2010

Naik tarf air - kedah dapat bah

..
--
Saya tidak berani kata bahawa banjir di kedah itu sebagai tanda-tanda turun bala kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang mengumumkan kenaikan tarif air antara 25 dan 44 peratus bagi kegunaan domestik, membabitkan 457,707 atau 90 peratus pemegang akaun di Kedah pada 29 September 2010

Banyak kali benda ini berlaku:
1. Tahun 1971 berlaku banjir besar seluruh negara
ketika itu Datuk Asri Muda, President PAS dan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
bersumpah menafikan tuduhan masing masing
menjunjung al Quran
2. Pulau Langkawi menjadi Padang Jarak Padang Terkukur
mengikut lagenda Mahsuri yang difitnah

Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TarifairdiKedahnaik24hingga44peratus/Article

Saya salinkan berita yang ditulis dalam berita harian yang menyatakan “Selepas menang pilihan raya mereka bukan saja tidak memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air, malah menaikkan tarif air untuk kegunaan domestik.

“Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan rakyat negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air menambah bebanan mereka.

“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak, lebih baik Menteri Besar (Azizan) meletak jawatan kerana gagal menunaikan manifesto pilihan raya dijanjikan sebelum ini,” katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Turut serta dalam demonstrasi itu ialah bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Najib Fahami Yahaya; bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah, Zainun Ismail.

Selepas mengadakan demonstrasi itu, Abdullah turut menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Menteri Besar, Zulkifli Othman.

Sementara itu, Mohd Najib juga ahli PAS seumur hidup berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif air, sedangkan mutu perkhidmatan air masih pada takuk lama.

“Kualiti bekalan air di negeri ini di tahap lama kerana air paip berkeladak dan banyak kawasan sering menghadapi masalah gangguan bekalan air.

“Malah, banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak mendapat bantuan kerajaan, juga berdepan kesukaran apabila terpaksa menanggung kenaikan tarif air tinggi selepas ini,” katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan