13 Mei 2010

tokok ke tokoh

Hari ini saya berfikir semula apabila membaca tulisan Mohd Sayuti Omar dalam blognya mengenai bekas Menteri Penerangan Malaysia, yang pada masa itu pernah melarang Radio Klasik Nasional dari menyiarkan Tilawah al-Quran peringkat Kabangsaan disiarkan keseluruh negara, sebaliknya tilawah itu hanya disiarkan setakat zon sahaja.

Biarlah saya salin balik sebahagian tulisan beliau itu...

.....Tetapi, saya tidak mahu mengucap tahniah kepada Zainuddin atas penganugerahan itu. Bukan apa, kerana saya menerima alasan diberikan teman itu yang mempersoalkan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Menurutnya penganugerahan tokoh itu kepada Zainuddin mencacatkan Umno dan mengotorkan martabatnya sebagai parti Melayu tulen negara ini!

Menurut teman itu yang juga bekas seorang wartawan Utusan Melayu beliau merasa malu dan jijik dengan penganugerahan itu kepada Zainuddin. Beliau mempersoalkan atas kritria apakah Zainuddin diberikan anugerah itu. Beliau bertanya apakah jasa-jasanya kepada Umno dan Melayu sehingga dianugerahkan tokoh itu.

Sepatutnya katanya anugerah berprestaj itu diberikan kepada mereka yang berjasa kepada bangsanya. Apakah jasa besar Zainuddin di dalam hal ini? Begitu juga kalau hendak diambil kira anugerah itu kerana beliau berjaya mencetuskan Hati Nurani Rakyat menerusi Utusan Melayu apakah cetusan yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat di Utusan. Dalam pengamatannya Utusan ditangan Zainuddin dan diwarisi hari ini bukan menaikan martabat Melayu sebalik memecah belah orang Melayu, Utusan juga telah menjadi agen menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran orang Melayu. Satu masa ia ada media fitnah nombor satu.

Katanya di Utusan Melayu Zainuddin gagal menjadikan akhbar itu sebagai akhbar yang dihormati dan rujukan semua orang Melayu. Menjadikan Utusan Melayu sebagai wadah mempersatukan Melayu dan menharmonikan pemikiran politik Melayu. Beliau telah menjadikan Utusan Melayu sebagai lidah syaitan kepada Umno yang pelahap dan dangkal. Utusan telah ditukar menjadi alat propaganda murahan untuk Umno kelas paria.

Mengenai jasanya dalam Umno tutur teman itu lagi, Zainuddin baru menyertai Umno sekitar tahun 80-an dalam erti kata lain dia baru menjadi ahli Umno setelah Umno dikitar semula oleh Mahathir menjadikan Umno yang elit dan anti konservatif. Jadi macam mana Umno boleh menganugerahkan gelaran itu kepadanya. Beliau juga mengungkitkan semasa Zainuddin menerajui Utusan beliau telah mengarahkan Utusan agar mengkritik dan menghina institusi raja-raja di negara ini dengan mendedahkan keperibadian sembilan raja-raja Melayu sewaktu krisis pindaan perlembagaan bagi mengurangkan imuniti raja-raja.

"Saya pelik dengan penganugerahan itu. Hendak kata Zaindudin seorang memperjuangkan Melayu tulen ia boleh dipertikaikan apabila memerhatikan kepada tindak tanduknya. Semasa dia mengetuai Utusan, Zainuddin adalah pengkhianat kepada Melayu dan agama Islam," kata teman itu lagi penuh kegeraman dan kekesalan.

Sambungnya lagi, Zainuddin adalah anti Islam dan sering memperlekeh Islam di dalam penulisan-penulisannya. Ruangan pojok Awang Selamat dikhasnya untuk menghina dan mempersendakan Islam. Klimeks kepada penentangan dan kritikan kepada Zainuddin ialah apabila imam masjid Keramat pernah menyeru supaya Awang Selamat bertaubat kerana sindiran sinisnya kepada Islam menerusi pojok berkenaan.

"Kebencian Zainuddin kepada budaya Arab Islam, pemakaian kopiah dan purdah (tudung) kalangan wanita jelas sekali. Beliau pernah melarang Utusan daripada menyiarkan gambar mereka yang berkopiah dan bertudung. Larangan ini menggembarkan watak dan peribadian Zainuddin yang anti kepada Islam," ujar teman itu lagi sambil menyambung Zainuddin juga bersikap anti kepada gerakan Islam seperti Abim dan Darul Arqam.

Semasa Zainuddin menjadi menteri Penerangan dia telah mengarahkan supaya siaran bacaan al-Quran tidak diputarkan menjelang tengah malam sebelum siaran ditutup. Bacaan Quran di radio dibuang sewaktu Zainuddin menjadi menteri Penerangan.

Sampai akhirnya, teman itu tidak mengerti dengan penganugerahn itu. Beliau juga menyifatkan penganugerahan itu sebagai menghina para tokoh-tokoh Melayu dan pejuang lain dalam Umno yang masih hidup. Katanya masih banyak tokoh lain yang layak untuk diberikan anugerah itu dan jasa mereka lebih banyak berbanding dengan Zainuddin Maidin. Kalau dibariskan nama-nama seperti Tan Sri Hussein Ahmad, Sanusi Junid, Musa Hitam atau Tengku Razaleigh Hamzah lebih layak untuk dinobatkan dengan anugerah itu bukannya Zainuddin.

Tulisan ini saya baca dalam http://msomelayu.blogspot.com/2010/05/sebelum-melelapkan-mata.html . Untuk pengetahuan pembaca, tulisan tulisan Mohd Sayuti Omar kebanyakan pro kepada parti-parti pembangkang. Dan untuk pengetahuan juga bahawa Zam juga adalah pro kepada Ustaz Asri bekas Muftri Perlis yang banyak kontravasi itu. Zam juga membenarkan Asro Jabat menulis yang bukan-bukan mengenai islam dalam akhbar-akhbar Utusan dan Majallah Islam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan