15 Mei 2010

PM tak sampai hati

Orang kerja dengan kerajaan ini memang fokus sangat kalau pasal gaji. Saya pun tertunduk malu bila PM tak sampai hati melihat penmjawat awam bergaji rendah. Memang sayu mendengarnya kan... kalau orang kedai tanya... encik kerja mane...kita jawab kerja kerajaan... maka pekedai itu mesti pandang senting...maklum aje orang bergaji rendah... sebab itu orang kerja kerajaan ini sesuai untuk meminjam koperasi aje..

Elok saya salin semula keratan utusan melayu ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara dari AS$7,000 (RM22,400) kepada AS$15,000 (RM48,000) dalam tempoh 10 tahun ini.

Tegas Perdana Menteri, meskipun amat mencabar, usaha merealitinya boleh dicapai.

Kata beliau, tekad untuk meningkatkan pendapatan negara itu akan turut melibatkan para penjawat awam yang memperoleh gaji minimum sekitar RM1,024.

''Saya tidak suka melihat penjawat awam bergaji rendah.

Itulah dia... PM sangat simpati dan tak sampai hati walaupun semua orang tau kerajaan sudah dua kali; dua tahun berturut-turun tak beri bonus .... ... macam mane kalau kita cadangkan saja kerajaan tak payah adakan bonus... jadi kita yang kerja kerajaan taklah mengharap.

1 ulasan:

Naddy berkata...

saya bersimpai dengan mereka yang bergaji miminum. kite yang gaji rm1700 nie pun rasa macam x cukup inikna mereka pula. tetapi dengan naik gaji kena naiklah reputasi dan kualiti kerja kakitangan kerajaan kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan