17 Sep 2010

Orang Muda Dalam Politik

daripada: http://cubitan.blogspot.com/

Laksana dikata oleh seorang blogger mengambil kata Anak Allahyarham Tun Ghafar, Tamrin… Umno tidak berubah, dia akan kalah dalam PRU-13… angka 13 adalah angka karut yang suka diguna oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad.

Politik adalah politik… kerana dalam politik itu ada ahli politik, ada parti poltik dan ada matlamat politik. Maknanya ada tiga perkara iaitu ahli, parti dan matlamat. Sebab itu saya tertarik dengan ahli parti politik negara ini untuk dipostingkan. Dimana ada dua laman web karut marut yang boleh saya salinkan memberitau ada dua orang muda dalam aktiviti politik.

Satu dalam Malaysiakini, beliau ialah fekah husin sebagai setiausaha politik Datuk Menteri Besar Selangor, dan satu lagi ialah dalam medan-info-kita beliau ialah Rafizi Ramli adalah anak muda graduan Oxfod yang boleh dikategorikan sebagai “genius boy”. Beliau kini bekerja dalam pejabat Anwar iaitu Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Rafizi sanggup meninggalkan jawatan penting dan gaji lumayan di PETRONAS! Di sana juga ada YB Nurul Izzah Ahli Parlimen Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Teringat saya dalam dailog gurau-gurau, agaknya antara Datuk Seri Sharizat A. Jalil dengan Nurul siapakah yang mendapat tempat. Mereka olok-olok kata, tentulah nurul, sebab dia muda dan cantik. Memang terbukti, YB Nurul menang besar di kawasan itu mengalahkan calon yang patutnya sukar untuk kalah.

Itu pasal agaknya, budak-budak muda suka lagu "Oh Saroja" bila Mawi yang menyanyi. Walhal lagu lain yang lama pun sedap didengar, tapi kerana yang menyanyi, tua, maka budak-budak kata itu untuk orang-orang tua, untuk emak-emak dan untuk bapa-bapa.

Saya tafakur… dalam Umno pun ada yang muda seperti YB Khairy Jamaluddin. Jawapannya tiba-tiba keluar sendiri. Umno tidak hargai orang muda macam itu. Ini tidak sama zaman Datuk Harun Idris, dan Tun Dr Mahathir, di zaman makhluk ini, ramai orang muda join parti itu, termasuklah DSAI yang kini jadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen. Dan mereka semua yang muda dalam Umno dulu dah tua veteran, kecuali Dr Khir Toyo yang hadiahkan penyapu kat pegawai tinggi kerajaan.

Terima kasih yang baca blog http://cubitan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan