28 Sep 2010

Dr Asri Divert Isu


Saya hairan betul dengan Dr Asri ni, bekas Mufti Perlis. Apa sahaja yang dibikin oleh DAP Pulau Pinang mesti dia sokong. Dulu masa Pulau Pinang batalkan perakan maulidir rasul, dia tempelak orang yang kritik, dan hari ini dia koner sindiran itu kepada kerajaan persekutuan, konon tidak salah kerajaan kasi duit dengan menipu.


Isunya sekarang ialah bukan duit dari mane…. tapi yang jadi isu itu ialah Kerajaan Pulau Pinang menipu, konon wang itu dari penjimatan, bukan sumbangan orang ketiga. Sudahlah dia menipu, dia mengata lagi yang kerajaan dulu banyak membazir. Cubalah dengar balik rakaman video dia berucap itu. Ramai yang ternganga nganga, dengan kelentong Lim Guan Eng.


Tiba-tiba Dr Asri (Tajdid) boleh menyampuk konon tidak salah… kononnya wang itu macam juga yang dikeluarkan untuk membayar gaji. Dr Asri divert isu menjadi hukum halal haram pula. Sedangkan menipu itu yang pokok cerita



Dr Asri ni ade macam ade satu agenda nak memesongkan dan divert semua masalah kepada masalah lain. Sedangkan wang kerajaan untuk membayar gaji adalah wang hasil yang disatukan, bukan wang derma. Wang hasil dan wang derma beza lah. Bacalah tatacara kewangan wahai ustaz Dr Asri. Jangan main cakap belasah aje.

3 ulasan:

Rambut Same HItam berkata...

Hari ini dalam utusan malaysia Dr Asri bengong dah, sebab gostan cakap bila ditanya tentang kenyataannya sebelum ini. Dia kata sebab cakap macam itu kerana beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Apa punya lidah ulamak pun tak tahulah cakap macam ini... atau mungkin beliau dah insaf bahawa kerja-kerja macam robin hood itu tak betul. Robin Hood ambil/rompak orang untuk diberi orang meskin. Macam juga peguam ganas yang bunuh datuk sosilawati itu.

Ambil wang judi, bantu orang. Bunuh orang ambil duitnya kasi kat orang meskin. Nak tipu supaya kata rakyat sokong kerajaan pulau pinang pandai jimat konon.

Tapi Ustaz Dr Asri itu kelentong lagi, katanya hasil judi boleh dimanfaatkan untuk tujuan bangunkan fizikal. Maknanya wang itu tidak masuk perut, tapi buat benda batu, kayu dan besi.

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai seorang yang makan gaji tidak juga setuju dengan Dr Asri yang menyamakan wang gaji sama macam wang derma kerajaan pulau pinang itu. Itu tidak tepat.

Wang gaji atau wang menjual nasi lemak sebab kita ada kerja, ada menjual barang, tapi wang derma, yang menerima tidak jual nasi lemak dan tidak juga buat kerja.

Sangat-sangat tidak sama tu

sallehfauzi berkata...

Membaca :pendapat Dr. Asri dalam blognya adalah betul dan itulah sepatutnya.

Tetapi bila beliau nak aplikasikan ilmunya itu dengan isu yang diajukan nampaknya beliau tidak menepati dan berat sebelah serta memihak. Sedangkan sepatutnya beliau kenalah cakap macam ilmunya itulah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan