29 Jan 2011

Penghapusan Tol Disyukuri

Gembira. Dan saya sokong  menamatkan tol Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught seawal-awalnya Mei ini selepas urusan doku-mentasi selesai berbanding tempoh tamat asal pada 2018.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan ini pada sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Pemegang konsesi lebuh raya terbabit ialah Kumpulan MTD.

Ulasan saya: Macam itulah keperhatinan kerajaan. Keadaan demikian itu sangat beza jika Datuk Seri S. Sammy Vellu masih menjadi menteri. Jika dia S. Sammy masih menteri, harus tol naik bertambah-tambah. Tambahan tol juga akan meningkat jika menteri datangnya dari MIC. Oleh itu tahniah untuk Datuk Shaziman Abu Mansor, dan bekas menteri yang terdahulu YB Dato' Ir Mohd Zin Bin Mohamed kerana juga berjaya menamatkan pondok tol Jalan Klang Lama Tmn Datuk Harun.

Pada saya MIC tidak mampu menolong rakyat. Lihatlah  novel "Interlok", yang mencetuskan huru hara adalah datangnya dari pemimpin MIC iaitu Senator Datuk T Murugiah (bekas ahli PPP), Bermula dengan bidasan dan ia diperpanjangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang lagi memanaskan hati.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan