30 Jan 2011

Orang Kita Di Mesir Selamat

Lega bila dikhabarkan oleh Wisma Putra bahawa pelajar-pelajar malaysia selamat.

Sebentar tadi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu Malaysia).

Dua bilik operasi telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Ramai rakyat Malaysia sedang berada di Mesir samada di Kaherah, Iskandariah dan tempat lain. Mereka belajar agama, perubatan dan lain-lain.

Di Mesir sekarang berlaku sedikit huru hara, tapi merbahaya. Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Kebangkitan rakyat Tunisia yang menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali telah merebak ke Mesir dan Yaman. Husni Mubarak telah menjadi Presiden Mesir hampir 30 tahun.

Anak jiran saya baru sahaja dua bulan lepas bertolak ke Mesir mengambil pengajian medix Semuga semua dalam Selamat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan