5 Feb 2011

Kerajaan Selangor Suka-suka Hati



Yang sepatutnya berlaku biarlah YB itu menghadapi kes itu dan jika beliau menang, beliau saman balik, dan menuntut ganti rugi. Itu yang seharusnya berlaku.

Tapi ini? Sakit hati bila baca berita YAB Dato' Menteri Besar Selangor kasi tahu rakyat bahawa kerajaan negeri nak bantu YB Shuhaimi Shafiei di Mahkamah. Rasanya kerja macam ini serupa macam penyamun  atau bapa ayam yang menolong melepaskan pelacur. Mana ada sebuah kerajaan lawan kerajaan di Mahkamah. Lainlah kalau YB Shuhaimi itu mewakili kerajaan negeri.

Misalnya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi tuduhan liwat, beliau ahli parlimen dan bekas Timbalan Perdana Menteri, YB Khir Toyo, dan Bekas Ketua Menteri Melaka YB Rahim Tambi Chik, tidak pula kerajaan bantu-bantu.

Kerajaan negeri kena lihat bahawa membantu kes macam ini mengguna duit rakyat, iaitu duit kerajaan negeri. Menggunakan duit kerajaan negeri untuk tujuan begini tidak boleh dibenarkan berlaku.

bacalah: http://www.malaysiakini.com/news/155223

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan