...
7 lanun Somalia yang ditahan Tentera Malaysia di Teluk Aden, 20 Januari lalu bakal berhadapan hukuman mati.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Kelmarin mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan ke pasukan Tentera Malaysia di atas Kapal MT Bunga Laurel ketika merompak kapal dagang itu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.
Sebutan kes ditetapkan 15 Mac depan.
Pada hari kejadian, pasukan paskal TLDM menyelamatkan kapal dagang itu daripada lanun Somalia yang bersenjatakan rifel AK-47 dan pistol.
Kapal serta anak kapalnya diselamatkan dalam 'Operasi Fajar' bersama kapal bantuan, Bunga Mas
12 Feb 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
iklan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan