27 Mac 2011

Amerika di mana-mana


Perhatikan dan mungkin semua orang serupa fikir bahawa Amerika Syarikat itu adalah sebuah negara yang besar, setengah benua adalah dia punya. Orang-orang US itu pula bermacam-macam datang dari negara-negara lain seperti dari Inggeris, Perancis, Italy, Germa, Negero, Arab dan lain-lain.

Barangkali kerana dalam US itu ade kerajaan negeri-negeri, jadi urusan kebajikan rakyat, negerilah jaga. Cuma kerajaan federal atau kerajaan persekutuan yang terletak di Washington itu
tugasnya ialah jaga hubungan luar negara, pertahanan, dan keselamatan negara sahaja.

Ini macam Malaysialah.. kerajaan negeri jaga negeri dan kerajaan Malaysia jaga negara. Dan pagi ini baca satu berita Rueter:

ALGIERS 27 Mac - Pasukan tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan terhadap bandar Misrata yang dikuasai pemberontak dari sebelah barat dan timur pada semalam.

Misrata adalah satu-satunya benteng besar pemberontak berhaluan kiri di barat Libya dan kawasan yang terletak jauh dari pusat utama pasukan pemberontak di timur negara itu.

“Pasukan tentera Ghaddafi telah melancarkan serangan dari sebelah barat dan timur Misrata,” kata seorang pemberontak yang dikenali sebagai Saadun kepada Reuters.

Sebalik berita itu sebenarnya Libya sedang membalas serangan atas rakyatnya yang memberotak, mula-mula permberontak itu tunjuk perasaan, kemudian angkat senjata, kemudian tawan wilayah. Jadi cara libya hancurkan America dari negaranya ialah hapuskan orang yang memanggil datang. dan orang yang memanggail datang itu ialah pemberontak.

Mungkin Mohd Ghadafi fikir, bila pemberontak dah dihapuskan, maka tentera asing tidak datang lagi, sebab musuh dalam selimut di Libya sudah dimusnahkan.

Sebenarnya Amerika pun boleh campur tangan kat Malaysia, jika orang dalam negara menjemput. Kalau dijemput tentera, tenteralah datang. Kalau orang politik yang dijemput, ahli-ahli politik Amerika lah yang datang.

Jadi kalau polis dan tentera Malaysia nak jaga negara, maka polis dan tentera kena hapuskan orang-orang dalam negara yang menjemput itu.

Sebab sejarah dan teori memang macam itu. British, Belanda, dan Jepun ke Malaya, memang macam itu kaedah bermula. Tapi bila dia orang dah datang menjajah. Orang yang menjemput itu sekali kena jajah. Begitulah yang berlaku di Iraq, Afganistan, Vietnam, Korea dan Jepun.

Amerika Syarikat itu negara memang kat mane-mane ade. Sekarang dia punya tentera pun  sudah ada di Singapore, Philipina, Jepun, Korea, German dan pelusuk dunia. Malahan dalam kes-kes yang lalu, Amerika ni suka kacau aje... lepas itu, penduduk negara itulah yang nak selesaikan hidup, nak bebas atau nak kena jajah terus. Lihat Amerika di Iraq dan Afhanistan sekarang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan