25 Mac 2011

Sebok menyebok, Di Jepun. Libya dan Malaysia

Hari ini Jumaat 25 Mac 2011 ada tiga berita yang saya kutip. Jepun di Timur pasal Tsunami, Libya di Utara Afrika dan Di Malaysia pasal video lucah. 

Video lucah yang melibatkan orang politik itu sangat gimik, tetapi rasanya Jabatan Agama Islam Wilayah atau Jawi janganlah macam tunggul tidak serta mendakwa mereka yang terlibat. Jangan pula orang bising dulu nak bertindak. Biarlah kerja itu buat kerja, Bukankah itu semua senarai tugas jabatan, mane-mana orang Islam di wilayah berkaitan yang terlibat dengan zina mesti dihukum. 

Dalam sebok menyebuk ini nampaknya tentera US sudah gunakan 350 pesawat membelasah Libya. Yang nak digasaknya ialah Mohd Ghadafi, tetapi yang jahanamnya semua harta benda dan rakyat Libya. Itulah bayaran yang harus diterima oleh Libya bila meraka sesama nak merampas dan nak memerintah. Mereka tak puas hati, yang akhirnya mengundang bantuan asing ke tempat mereka. Maka Apakah ini tidak berlaku atas Malaysia. Kalau dulu negeri Melaka dan Singapore sudah melakukannya mengapa tidak berlaku setelah bentukan Malaysia. Barangkali DAP, PKR dan mungkin PAS akan melakar kerja-kerja begini. 

Di Jepun lagi sedih apabila mangsa gempa bumi meningkat angka kematian, dan tetiba kerajaan singapore hari ini dah mengabil tindakan menghalang barang makanan dari jepun masuk ke negara singapore atas alasan mungkin ade pencemaran radiosi. 

Dan akhir sekali sebagai tambahan nampaknya orang terkenal memang laku sampai jasad tiada nyawa lagi. Inilah yang berlaku kepada Michael Jocson yang namanya dikaitkan lagi bila Elizaberth Taylor dikuburkan berhampiran dengan dia. Berita itu hari inilah.

Tetapi rakan saya di facebook kata orang ade name mamanglah disebut, tapi kalau nama itu nama tak bagus, orang akan cabut batu nisahnya kerana marah. Marah mencabut batu nisan itu sedara mara jin aprid kebarangkaliannya. Gamaknya batu nisan itu disangka tulang kot, nak buat sup, makan dengan anak bini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan