8 Apr 2011

SPRM memudahkan kerja malaikat maut

Kes membunuh ke atas yang kena tangkap sudah menakutkan, dan kes-kes ini harus beri analisa. Di mana kebocoran sistem ini berlaku, dan mengapa berlaku.

Kembali kepada sifat manusia itu sendiri, kerana manusia tidak boleh mempunyai kuasa melampau. Kuasa yang tidak seimbang. Maka sebab itu amalan demokrasi ada sistem pembahagian kuasa, yang membenarkan pihak lain menyoal satu pihak lagi. Jadi, adakah Suruhanjaya Pencegah Rasuah itu, selari dengan sistem demokrasi?


Dulu nama SPRM itu bertukar ganti Biro Siasatan Negara dengan Badan Pencegah Rasuah sesuai dengan kehendak politik masa itu, dan nama-nama itu sesuai dengan kuasa dan peranan. Namun wujud desakan yang bukan-bukan dari mulut ahli-ahli parti poltik, terutama dari parti pembangkang. Kerajaan terus didesak mewujudkan seperti yang ada sekarang. Menjadi Suruhanjaya. Sedangkan ramai yang bimbang, agensi kerajaan yang paling berkuasa selepas tentera dan polis ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah.


Rasa takut kena zalim wujud sudah lama, tetapi manusia yang rasa dirinya suci lupa dengan kejadian-kejadian silam. Bagaimana manusia berjuang melawan kezaliman itu, melawan fir'aun, melawan kapitalis, melawan raja zalim, melawan polis zalim, melawan taukeh zalim, melawan peraih zalim, melawan pengawal keselamtan zalim, melawan penjajah zalim, melawan pegawai zalim, dan macam-macam zalim lagi. Manusia mahu lari dari kena zalim. Sebab itu manusia benci rasuah, dan benci kena tindas.

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri, memangku Jawatan Perdana Menteri semasa Tun Dr Mahathir bercuti tiga bulan, beliau telah mengubah undang-undang rasuah di Parlimen, tetapi kerja beliau telah membagkitkan marah ramai orang. Maka sejak itu, musuh-musuh beliau bertambah. Beliau dipecat bukan dengan alasan wujudkan undang-undang rasuh, tetapi dengan alasan rendah moral. Namun kronoliginya ialah beliau menambah kuasa kepada Badan Pencegah Rasuah. Maka itu, apabila beliau dipecat, beliau banyak bercakap konon berkotak-kotak fail telah dibawa keluar. Masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconnya mendesak disiasat Datuk Seri Rafidah Aziz dan lain-lain.

Malahan kerajaan didisak mengubah sistem demokrasi, supaya kes-kes SPRM diberi kuasa mendakwa. Ahli politik pembangkang mendesak kerajaan supaya amalan sebelum ini diubah. Amalan sebelum ini kerja mendakwa hendaklah dibawa oleh Jabatan Peguam Negara ditukar. Mereka mahu SPRM sendiri yang mendakwa. Mereka mahu SPRM diberi kuasa melampau.

Mereka mahu SPRM yang menyiasat, dan mereka mahu SPRM juga yang mendakwa. Mereka tidak mahu melalui Jabatan Peguam Negara.

Maka itu, barangkali kuasa SPRM wujud menyebabkan beberapa perkara. SPRM lupa dirinya, atau orang ketiga mengambil kesempatan membunuh orang yang kena tangkap, sebagai satu cara untuk menutup maklumat yang melibatkan lain. Atau kemungkinan yang lain.

Namun, kuasa yang melampau, sangatlah tidak baik untuk sistem dekokrasi. Tidak baik untuk mendapat keadilan. Tidak baik untuk orang yang mempertahankan diri. Tidak baik untuk menyelamatkan diri dari kena fitnah. Tidak baik untuk keselamatan orang yang tidak ade geng. Tidak baik untuk hak asasi manusia.

Penubuhan SPRM adalah baik, tetapi ia hendaklah ada seimbang kuasa. Nyawa orang yang tangkap hendaklah dijaga. Maka itu, SPRM mungkin menggunakan kaedah - kaedah menyiasat dari sistem luar negeri seperti amalan di Hong Kong atau Thailand. Akan tetapi SPRM tidak melindungi nyawa orang. Mungkin pegawai penyiasat naik angin, dan memudahkan malaikat maut mengambil nyawa. Mungkin juga, orang ketiga tidak senang hati rahsia akan bocor, akan memudahkan juga malaikat maut mengambil nyawa.

Semua kemungkin ada, dan mungkin skrip sandiwara itu boleh ditulis dengan baik lagi.

Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

http://www.malaysiakini.com/news/160907

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan