28 Okt 2011

Ramai Pekerja Adalah Orang Asing

Mempertikaikan hakikat bahawa terlalu ramai pekerja asing dalam sektor perkhidmatan di negara kita terutama di bandar besar termasuk di ibu negara adalah tidak betul. Kenapa membangkitkan orang-orang ini yang memang halal mencari kerja / rezeki? Malahan kerajaan Malaysia sendiri boleh mengeluarkan permit, dan antara kerajaan ada mengadakan pernjanjian dan MoU berkaitan.



Apakah yang salah sebenarnya? Majikan sektor koperat mahupun individu sebenarnya mahukan aktiviti perniagaan mereka agar berjalan dengan baik dan memberi pulangan untung, tetapi mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan buruh tempatan sebab cerewet, berbanding dengan buruh asing yang sanggup masa bekerja 10 jam - 12 jam sehari.

Membuka sebuah kedai makan, misalnya. Keperluan masa bekerja tidak boleh 8 jam sehari, kerana waktu operasi misalnya dari jam 10 pagi dan akan tutup pada 10 malam. Begitu juga kedai-kedai yang memerlukan masa aktiviti yang bermula dari 7.00 pagi hingga 12.00 malam.

Pekerja tempatan bukan sahaja pada rata-ratanya adalah bersifat malas, dan banyak memohon cuti, yang cara ini boleh menyusahkan fikiran majikan yang terpaksa memfokus kepada kebajikan apabila mengambil pekerja tempatan, tetapi juga fikiran majikan akan terganggu bagaimana hendak memajukan perniagaan.

Kita kena faham fahawa perkhidmatan cara hidup mewah memerlukan tenaga yang sanggup bekerja lebih, sebab pelanggan memerlukan masa operasi market pada waktu yang panjang. Malangnya masa panjang tidak digemari oleh pekerja.

Dan pilihan yang mudah bagi majikan ialah menggunakan pekerja yang datang dari jauh, yang sanggup berkhidmat melebihi kerja 8 jam seperti dalam perkhidmatan restoren, pengangkutan, kawalan keselamatan, jaga, kebersihan dan lain-lain.

Pendidikan dan persipsi pekerja tempatan harus diubah oleh masyarakat terhadap kejutan budaya masa bekerja tersebut supaya tidak terikat dengan masa bekerja tradisi. Masa adalah sentiasa berubah. 

Rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BakalHaji.Com Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Click di sini


iklan