11 Apr 2011
Lawak PAS dan Lawak Umno
Sebelum merdeka, orang-orang melayu di Malaya mempunyai banyak persatuan politik. Kemudian, dengan usaha Allahyarham Dato' Onn Jaafar, persatuan-persatuan itu bergabung menjadi satu parti dinamakan UMNO. Isu yang menjadi orang-orang melayu bersatu itu, ialah isu penjajah British menggabungkan negeri-negeri melayu menjadi sebuah negara dinamakan Malayan Union.
Akan tetapi, kemudian Dato' Onn Jaafar sendiri meninggalkan Umno apabila ahli-ahli Umno menolak cadangan agar menerima orang-orang bukan melayu menjadi ahli. Akhirnya Dato' Onn Menubuhkan parti baru dinamakan Parti Negara.
Kemudian itu, Tunku Abdul Rahman mengambil tempat Dato' Onn Jaafar. Maka itu, Tunku mengambil idea dato Onn menerima orang-orang bukan melayu, tetapi bukan dengan cara menjadi ahli, sebaliknya menubuhkan parti MCA dan MIC, dan mengabungkan dalam Parti Perikatan, bersama Umno.
Ulama' Islam dalam Umno tidak setuju bergabung dengan orang-orang bukan melayu. Mereka juga tidak setuju membenarkan jualan tiket lotri, walapun itu untuk bukan untuk Islam. Maka itu, mereka menentang dan merajuk. Kemudian itu, mereka itu sebagai ulama' telah penubuhkan Parti Islam (PAS).
Apabila Allah Yarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Parti Umno telah minta PAS masuk balik, tetapi bergabung antara Parti Perikatan dan PAS, dinamakan Barisan Nasional.
Tidak lama kemudian, Umno tidak senang hati dengan aktiviti PAS menjadi pesaing Umno, terutama di tanah-tanah rancangan Felda. Maka itu, Tun Dr Mahathir meminta Perdana Menteri Tun Hussin Onn menendang PAS keluar dari Barisan Nasional.
PAS menyimpan dendam kepada Umno tidak sudah-sudah, kerana Umno lah (melalui Tengku Razali Hamzah), kekuasaan Pas di Kelantan musnah. Kejadian hitam ini sangat dikenang oleh Tok Guru Menteri Besar Kelantan sekarang.
Orang-orang muda dalam Pas, tetapi mereka sekarang sudah tua, menggunakan teknik yang sama digunakan Tunku Abdul Rahman. PAS menubuhkan kelab-kelab orang china dan kelab orang India, untuk meraih undi pilihanraya. PAS juga bergabung dengan DAP, iaitu musuh yang sangat tua.
Hakikat di Malaysia, tidak sebuah parti pun boleh memerintah tanpa kerjasama dengan parti-parti lain. PAS walaupun terlambat sangat mampu mendapat kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri apabila mewujudkan gabungan dan kerjasama. Namun Pas terpaksa tolak ansur dengan prinsip asal penubuhannya.
Umno tidak tewas, walaupun Barsian Nasional kurang mendapat tempat dalam Pilihanraya Umum ke 12 dulu. Yang kehilangan teruk ialah MCA, MIC dan Gerakan. Kerusi bukan Umno itulah yang menjatuhkan Barisan Nasional di negeri-negeri.
Pengatur strateji Umno memang cekap sejak penubuhannya lagi. Ramai pakar-pakar dalam Umno memastikan bagaimana kekuasaan itu perlu dikekalkan. Misalnya mereka mengambil Tunku Abdul Rahman sebagai President Parti. Mengambil Tun Dr Mahathir. Menubuhkan MIC, MCA untuk mecapai kemerdekaan. Malahan Umno juga telah membentuk parti-parti politik di Sabah dan Sarawak semasa negeri-negeri itu tidak tahu berpolitik, dan tidak tahu hendak merdeka.
Umno juga telah membentuk Parti Perikatan. Membentuk Barisan Nasional, Membentuk Malaysia. Malahan Umno juga mampu mengajak Parti Gerakan duduk dalam kerajaan, ketika parti itu mendapat tempat dari berbagai para akadamik dari perbagai bangsa dan keturunan selepas 13 May 1069. Jadi, apakah tidak harus, DAP juga satu hari nanti akan bersatu dalam Umno, sebagai mana yang berlaku di Sabah setelah Umno dikhianati oleh Datuk Pairin Katingan.
Dari perkembangan itu, apakah mungkin PAS boleh kekal seperti kekalnya UMNO? Jawapannya PAS akan menuju kehancuran tetapi kehancuran PAS seperti hancurnya batang kayu yang reput, akan pupus sikit demi sedikit. Ini sudah kelihatan apabila golongan Husam Musa mencolonkan Mohamaad Sabu bertanding Timbalan YDP Pas. Yang mungkin Mohd Sabu akan tewas, tetapi itulah tanda-tanda, kepupusan akan bermula.
Pas juga mengambil langkah-langkah yang pernah parti Umno lakukan. Dan langkah-langkah itu pada lama-lama akan membangkitkan kebencian jenerasi baru mendekati PAS, sebagaimana jenerasi itu mahu meninggalkan Pas masuk ke dalam Parti Berjasa, dan PKR. Tidak kurang juga mereka akan menjadi ahli Umno, tetapi tidak mungkin mereka diterima menjadi pemimpin, sebab orang-orang berperangai Umno itu sudah ramai wujud dalam Pas. Dan perangai-perangai itulah yang sedang berusaha meminpin Pas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
iklan
|
1 ulasan:
byk fakta yg x betol ni..semoga kita sama2 mdpt hidayah..amin
Catat Ulasan